Kelas ICT (Microsoft Word and Typing)
22 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2023 seramai tujuh orang pelajar yang berumur lingkungan sepuluh hingga tiga belas tahun telah mengikuti dengan jayanya kelas ICT yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park yang telah berjalan selama satu jam. Para pelajar telah didedahkan kepada perisian Microsoft Word dan teknik menaip yang betul. Mereka telah dibimbing tentang teknik-teknik menaip yang betul seperti kedudukan jari di atas papan kekunci.
Kemudian mereka telah dilatih untuk menaip menggunakan Microsoft Word. Para pelajar turut mempelajari tentang ribbon, file tab, font, zoom control, status view, view dan banyak lagi. Ini bagi memudahkan para pelajar dalam menggunakan Microsoft Word bagi tujuan kerja sekolah mereka. Setelah itu, mereka telah diberikan tugasan menaip di mana rata-rata mereka telah berjaya menguasai teknik-teknik menaip yang betul serta menggunakan Microsoft Word dengan baik. PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa pada cuti sekolah mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para pelajar dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: