Kelas Usahawan : Sticker Design menggunakan Canva
25 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24.02.2023 (Jumaat) 2 orang peserta telah menyertai Kelas Usahawan : Sticker Design menggunakan Canva yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park. Aktiviti tersebut dihadiri oleh usahawan pembuat kek dan pastri. Mereka telah dibimbing beberapa input yang membantu menambahbaik strategi pemasaran produk mereka sepanjang kelas ini.
Antara aktiviti yang diadakan ialah pendaftaran akaun di laman sesawang Canva. Penyampai kursus turut menerangkan asas kepada ciri-ciri templat, elemen, teks dan cara memuatnaik gambar pada akaun Canva mereka. Objektif utama kelas ini adalah bagi membantu para peserta untuk lebih memahami info penting yang perlu diletakkan pada pelekat produk mereka. Di samping itu, pelekat produk turut menambahkan nilai promosi kepada produk mereka supaya kelihatan berbeza, menarik serta mempunyai ciri kendiri berbanding produk lain. Tambahan pula, para peserta dapat mempelajari asas mengedit gambar secara ringkas sebelum digunakan dalam Canva.
Para peserta kelihatan gigih dan pada akhir aktiviti dijalankan rata-rata mereka ingin menyertai kelas usahawan yang akan datang. Kelas ini berjalan selama 1 jam dan telah berakhir pada pukul 11.00 pagi.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: