Kelas ICT (Microsoft Word and Powerpoint)
19 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2023 seramai empat orang peserta yang merupakan komuniti PPR Bandaria Park telah mengikuti dengan jayanya kelas ICT yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park yang telah berjalan selama dua jam.
Para peserta telah didedahkan kepada perisian Microsoft Word dan perkakasan komputer. Salah seorang peserta merupakan usahawan bakeri yang berminat untuk belajar perkakasan komputer. Beliau ingin mengenal lebih lanjut tentang dunia ICT bagi memudahkan beliau berniaga di dunia teknologi ini. Kesemua pelajar kelihatan arif dengan penggunaan Microsoft Word dan berjaya menyelesaikan latihan yang diberikan.
Setelah selesai dengan Microsoft Word, para peserta kemudian mengikuti kelas Microsoft PowerPoint. Rata-rata peserta dapat menggunakan perisian ini dengan baik. Mereka telah berjaya menyiapkan latihan yang diberi dan berjaya menghasilkan sebuah pembentangan yang menarik.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: