Kelas ICT (Microsoft Word Excel)
2 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 01 Februari 2023 seorang peserta telah mengikuti dengan jayanya kelas ICT yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park yang telah berjalan selama dua jam. Peserta ini sedang mencari kerja dan ingin mempelajari tentang Microsoft Excel.
Peserta telah didedahkan kepada perisian Microsoft Excel dan fungsi-fungsi setiap tab, formula, merge cell insert, dan banyak lagi. Beliau telah belajar untuk memasukkan data dan menggunakan formula seperti Sum, Average, dan Count. Beliau turut mempelajari pintasan asas Microsoft Excel bagi memudahkan beliau dalam melakukan tugasan.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang sudi meluangkan masa beliau bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: