Taklimat KDB & Advokasi (e-Waste)
12 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2023 sebuah taklimat KDB & advokasi telah diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah. Taklimat ini telah dihadiri oleh dua orang pelajar sekolah yang bertempat di PPR Bandaria Park, di mana mereka telah didedahkan tentang e-Waste.
e-Waste merupakan sisa buangan elektrik dan elektronik yang boleh membawa bahaya kepada alam sekitar. Sisa buangan eletrik dan elektronik terdiri daripada telefon pintar, komputer riba, televisyen, peti sejuk, dan pendingin hawa. Komponen di dalam E-waste mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti merkuri, plumbum, cadmium dan pelbagai lagi yang dapat meresap ke dalam bumi dan seterusnya sumber air serta mengancam hidupan akuatik dan manusia jika ia tidak dilupuskan secara mesra alam.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan cara-cara bagi menguruskan bahan sisa buangan elektrik dan elektronik dan kesan-kesan buruk jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Selain itu, penceramah juga turut mendedahkan bahawa bahan sisa buangan elektrik dan elektronik mengandungi logam berharga seperti emas, perak, tembaga, platinum yang mempunyai nilai kitar semula yang tinggi.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para pelajar dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: