Kelas ICT (Coding With Scratch)
12 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2023 seramai dua orang pelajar yang berumur lingkungan sepuluh hingga empat belas tahun telah mengikuti dengan jayanya kelas ICT yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park yang telah berjalan selama satu jam.
Para pelajar telah diajar menggunakan coding melalui Scratch. Ia merupakan bahasa pengaturcaraan berasaskan visual yang interaktif dan menyeronokkan. Dengan Scratch para pelajar boleh mencipta animasi, permainan dan ciptaan lain yang menarik. Ia juga memudahkan pengaturcara untuk menulis program tanpa perlu risau tentang ralat sintaks kerana para pelajar tidak perlu menulis kod.
Para pelajar telah mempelajari cara-cara menggunakan canvas, sprite, script dan backdrop & stage. Canvas merupakan tempat di mana blok-blok kod yang telah para pelajar reka bentuk akan berjalan atau muncul pada kanvas. Sprite imej atau objek yang akan mengandungi blok arahan yang direka untuk bergerak, mempunyai bunyi dan sebagainya. Selain itu, script merupakan kumpulan blok arahan yang para pelajar gunakan untuk memprogram di mana ia mempunyai fungsi yang berbeza. Backdrop ialah imej latar belakang pada kanvas di mana ia boleh ditukar di bahagian Stage yang terletak di sebelah kiri tempat Sprite berada.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa pada cuti sekolah mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para pelajar dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: