Kelas ICT (Asas Menaip dan Microsoft Word)
4 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mac 2023 seramai dua orang pelajar telah mengikuti kelas ICT yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park yang telah berjalan selama satu jam di mana mereka telah belajar menaip dan perisian Microsoft Word.
Pelajar-pelajar ini telah dibimbing teknik-teknik menaip seperti kedudukan jejari di atas papan kekunci. Kedudukan posisi jari yang betul di atas papan kekunci amat penting bagi mengurangkan tekanan pada otot akibat aktiviti menaip yang berterusan.
Selesai aktiviti menaip, para pelajar telah didedahkan kepada perisian Microsoft Word di mana mereka mempelajari tentang ribbon, file tab, font, zoom control, status view, view dan banyak lagi. Ini bagi memudahkan para pelajar dalam menggunakan Microsoft Word untuk tujuan kerja sekolah mereka. Setelah itu, mereka telah diberikan tugasan menaip menggunakan Microsoft Word yang melibatkan aktiviti menulis menggunakan Caps Lock, Highlight, dan Font Color.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa pada cuti sekolah mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para pelajar dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: