Kelas ICT – MS Word (Jadual Bertugas Kelas)
16 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT- Asas MS Word telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 10.30 pagi - 11.30 pagi pada 15 Mac 2022. Seramai 5 orang peserta yang telah hadir merupakan pelajar sekolah rendah. Kelas ICT-Asas Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip. Peserta turut diperkenalkan fungsi Tabs dan Ribbon dalam MS Word bagi memahaminya ketika proses menaip dokumen.
Fokus pada kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas menaip dan menarik minat pelajar sekolah supaya mahir menggunakan komputer disamping mengenali asas perkakas komputer semasa. Peserta dibimbing menghasilkan jadual bertugas kelas mereka menggunakan MS Word. Selain itu, mereka turut dibimbing memasuk kan imej kesukaan masing-masing dari carian laman sesawang pada jadual yang dihasilkan. Pada akhir kursus ini, peserta boleh menghasilkan jadual bertugas kelas, selain mengenali asas dan fungsi penggunan MS Word dalam kursus yang mereka sertai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: