Kursus : Dengar Boleh , Percaya…..?
18 April 2022 | Aktiviti TerkiniPenyebaran berita palsu semakin berleluasa kini kerana tiada kawalan kendiri oleh pengamal media sosial. Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang gemar berkongsi serta menyebarkan berita yang diperolehi tanpa usul periksa terlebih dahulu. Setiap berita yang diketahui sepatutnya disemak atau diperiksa kesahihannya sebelum disampaikan kepada pihak lain supaya tidak mendatangkan keburukan pada diri dan orang lain. Sesuatu berita atau maklumat boleh disemak kesahihannya di laman sesawang sebenarnya.my atau pastikan daripada sumber yang betul dan boleh dipercayai.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penyampai taklimat menyarankan kepada para peserta agar menyemai kawalan kendiri dalam diri mereka menyebarkan berita yang didapati daripada internet. Peserta turut dibimbing untuk mengenalpasti berita dengan cara yang betul melalui laman sesawang yang disarankan sebelum berkongsi dengan pihak lain supaya tidak memudaratkan diri sendiri akibat padah berkongsi berita yang tidak benar. Untuk Video, sila ke link : FB Video
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: