Kursus Latihan Pengendalian Makanan
14 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2022 seramai enam orang peserta telah mengikuti dengan jayanya kursus Latihan Pengendalian Makanan dengan kerjasama NZ Bunga yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park. Peserta-peserta ini terdiri daripada golongan usahawan makanan. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga bagi mengelakkan kesihatan para pelanggan terjejas daripada makanan yang tidak berkualiti. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang cara-cara mengendalikan makanan dengan selamat agar mereka dapat mengetahui kepentingan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan. Pada akhir kelas dijalankan, para peserta dapat mengelakkan pencemaran makanan dan keracunan makanan. PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: