Kelas ICT (Kursus Asas Microsoft Excel)
9 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 08 November 2022 seorang peserta telah mengikuti dengan jayanya kelas ICT yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park. Peserta ini merupakan lepasan STPM yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang asas Microsoft Excel. Microsoft Excel (MS-Excel) merupakan program aplikasi spreadsheet yang popular dan banyak digunakan terutamanya di sektor pekerjaan. Ia banyak membantu dalam menghitung, menganalisa dan mempersembahkan data dalam bar, grafik, pie, line dan banyak lagi.
Beliau telah mempelajari asas pintasan Excel yang dapat mempermudahkan dalam melakukan tugasan menggunakan Microsoft Excel. Peserta juga belajar untuk memasukkan data dan menggunakan formula seperti Sum, Average, Count dan banyak lagi. PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: