Kelas ICT – Asas MS Excel
13 April 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT - Asas MS Excel telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 2 Jam bermula dari jam 9.00 pagi - 11.00 pagi pada 12 Mac 2022. Seorang peserta yang telah hadir merupakan suri rumah yang ingin membuat persediaan mencari kerja. Kelas ICT - Asas MS Excel bertujuan untuk membimbing peserta tentang fungsi dan kegunaan Tabs dan Ribbon dalam MS Excel untuk memasukkan data semasa membuat jadual asas yang melibatkan langkah pengiraan. Peserta dibimbing menghasilkan jadual jualan dan memasukkan formula pengiraan asas. Pada akhir kursus ini, peserta boleh memasukkan formula pengiraan yang mudah dan asas ke dalam dokumen MS Excel selain membiasakan diri dengan pintasan papan kekunci semasa menggunakannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: