Taklimat KDB & Advokasi (Buli Siber)
23 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Cara Elak Jerat Scammer telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari 2.00 petang - 3.00 petang pada 21 Oktober 2022. 6 orang suri rumah telah mengikuti kursus ini.
Penyampai taklimat berbincang dengan peserta jenis-jenis scammer yang popular dan semasa di media sosial. Mereka digalakkan untuk bertenang jika berhadapan mahupun menerima panggilan, pesanan ringkas, atau emel yang mencurigakan. Peserta turut didedahkan ciri-ciri scammer bagi memudahkan mereka mengelak dan menghadapi taktik mereka. Para peserta diperkenalkan dengan laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ mengesan atau menyemak scammer yang menggunakan platfom dalam talian khususnya menerusi nombor telefon atau akaun mereka. Selain itu, mereka turut digalakkan untuk melaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) pada talian 997.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan kepentingan kaedah sesuai bagi mengelak perangkap scammer. Para peserta turut dibimbing secara langsung untuk mengelakkan diri mereka dari jerat scammer dalam talian yang semakin berleluasa kini.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini. Penyertaan komuniti yang berminat dengan aktiviti PEDi seperti ini turut digalakkan dengan menghubungi staf PEDi seperti yang tertera di laman sesawang ini. Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: