Kelas ICT – Asas MS Word (Surat rasmi)
22 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT - Asas MS Word telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 2 Jam bermula dari jam 9.00 pg - 11.00 pg pada 21 Oktober 2022. Seramai 5 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada suri rumah dan seorang individu sudah bekerja.
Kelas ICT - Asas Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip. Peserta turut diperkenalkan fungsi Tabs dan Ribbon dalam MS Word bagi memahaminya ketika proses menaip dokumen. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas menaip dan berkongsi cara yang betul bagi membuat surat rasmi untuk tujuan bekerja mahupun kegunaan kendiri. Peserta dibimbing dan berbincang dengan penyampai taklimat format penyediaan dokumen rasmi menggunakan MS Word iaitu surat rasmi bagi anak yang tidak hadir ke sekolah.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh mengenalpasti format penyediaan dokumen rasmi yang sesuai dan baik, selain memahami penggunaan format menaip yang betul semasa mengikuti kursus ini.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini. Penyertaan komuniti yang berminat dengan aktiviti PEDi seperti ini turut digalakkan dengan menghubungi staf PEDi seperti yang tertera di laman sesawang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: