Kelas ICT (Kursus Asas Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint) )
25 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2022 seorang peserta telah mengikuti dengan jayanya kelas ICT yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park. Beliau merupakan seorang pekerja yang memerlukan khidmat PEDi PPR Bandaria Park bagi membantu beliau dalam penggunaan asas Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint.
Sebagai seorang pekerja, ianya amat penting bagi mereka untuk menguasai penggunaan asas Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint kerana ia amat diperlukan dalam dunia pekerjaan yang semakin beralih ke arah pendigitalan. Selain itu, tuntutan kerja yang memerlukan penggunaan digital seperti Microsoft Excel bagi penyimpanan data memerlukan mereka untuk lebih arif agar produktiviti kerja mereka lebih berkualiti dan bermutu tinggi.
Beliau kelihatan gigih sepanjang kelas diadakan dan pada akhir kelas dijalankan beliau dapat mengaplikasikan asas bagi Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Aktiviti ini berjalan selama tiga jam dan telah berakhir pada pukul 1 petang.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang sudi meluangkan masa beliau bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar beliau dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: