Taklimat KDB & Advokasi (Jenayah Siber)
9 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 08 September 2022 seramai dua orang peserta telah mengikuti taklimat KDB & advokasi yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park. Taklimat ini telah dihadiri oleh golongan pelajar sekolah rendah di PPR Bandaria Park, di mana mereka telah didedahkan kepada pengenalan jenayah siber.
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang terdiri daripada unsur penipuan kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk lebih berhati-hati ketika berada di alam maya dan mengelakkan diri terlibat dengan jenayah siber.
Jenayah siber dapat memberikan kesan negatif di dalam masyarakat di mana hilangnya kepercayaan terhadap penggunaan teknologi di mana penggunaan teknologi seharusnya membantu masyarakat tetapi malah disalahgunakan demi kepentingan individu. Oleh itu, pendedahan dari taklimat ini diharapakan dapat membantu membanteras isu ini dari terus berleluasa.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: