Taklimat KDB & Advokasi : ‘Oversharing’
22 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21.08.2022 pihak PEDi PPR Bandaria Park telah menyampaikan taklimat berkaitan ‘Oversharing’ di bilik latihan PEDi PPR Bandaria Park. Aktiviti ini dihadiri oleh 3 orang pelajar berumur 9 hingga 13 tahun. Para peserta didedahkan tentang pentingnya kesedaran berkenaan bahaya jika terlebih berkongsi maklumat di media sosial.
Antara fokus taklimat ini ialah pentingnya keseimbangan diantara privasi dan tabiat suka berkongsi. Taklimat ini turut membimbing para peserta untuk lebih memahami kesan negatif ‘oversharing’. Selain itu, peserta turut didedahkan bahawa ‘oversharing’ boleh ditangani dengan kawalan kendiri yang betul semasa menggunakan media sosial. Melalui taklimat ini para peserta turut dibimbing cara atau langkah mengekang maklumat peribadi tersebar ke pihak lain dengan mengatur ketetapan privasi pada aplikasi media sosial mereka juga.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: