Taklimat KDB & Advokasi (Buli Siber)
23 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2022 seramai tiga orang peserta telah mengikuti taklimat KDB & advokasi yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park. Taklimat ini telah dihadiri oleh golongan pelajar di PPR Bandaria Park, di mana mereka telah didedahkan tentang buli siber.
Buli siber yang merupakan satu tindakan menggunakan teknologi semakin berleluasa di media sosial tanpa ada kawalan. Remaja yang tergolong di kalangan pelajar semakin bebas menggunakan alam siber tanpa mengetahui bahaya yang akan mendatang apabila penggunaan tidak mempunyai hadnya. Perkara yang kononnya hendak dijadikan lawak telah memberikan kesan kepada mangsa-mangsa buli siber.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan kesan buruk buli siber kepada mangsa terutamanya terhadap emosi mangsa. Peserta dibimbing mengenai cara-cara untuk menggunakan alam siber dengan baik agar tidak membahayakan masyarakat. Penggunaan media sosial hendaklah dipantau senantiasa agar kes buli siber tidak lagi berleluasa.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: