Taklimat KDB & Advokasi (e-Waste)
2 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 01 Oktober 2022 seramai dua belas orang peserta telah mengikuti taklimat KDB & advokasi yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park. Taklimat ini telah dihadiri oleh golongan suri rumah yang merupakan golongan usahawan, di mana mereka telah didedahkan kepada pengenalan e-Waste.
e-Waste memberi pendedahan kepada peserta tentang proses yang betul bagi menguruskan sisa buangan elektronik terutamanya telefon bimbit agar tidak mendatangkan kemudaratan jika dibuang merata-rata. Selain itu, terdapat juga e-Waste lain juga yang turut boleh dilupuskan dengan cara betul seperti menyerahkannya ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berdekatan dengan mereka bagi bersama-sama bekerjasama untuk mengurus sisa buangan elektronik.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan kesan buruk pengurusan sisa elektronik jika dikendalikan dengan salah. Peserta dibimbing mengenai langkah-langkah untuk pengurusan sisa elektronik bagi memberikan kesedaran kepada mereka tentang kebaikan pengurusan sisa elektronik yang betul kepada alam sekitar dan komuniti sekitarnya.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: