Taklimat KDB & Advokasi: e-Waste
25 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: e-Waste telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 3.30 petang sehingga 4.30 petang pada 24 Januari 2021. Peserta yang hadir merupakan seorang suri rumah.
Mobile e-Waste memberi pendedahan kepada peserta cara yang betul untuk menguruskan sisa buangan elektronik terutamanya telefon bimbit supaya tidak mendatangkan keburukkan jika dibuang seperti sisa buangan biasa. Selain itu, terdapat juga e-Waste lain juga yang turut boleh dilupuskan dengan cara betul dengan menyerahkan e-Waste ke PEDi yang berdekatan dengan mereka.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penyampai taklimat menekankan keburukan jika tidak menguruskan sisa elektronik dengan cara yang betul. Peserta dibimbing mengenai langkah-langkah untuk menangani masalah ini agar diri mereka mampu menyumbang kepada kebaikkan kepada alam sekitar dan komuniti sekitar mereka
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: