Kelas ICT – Asas Perkasasan Komputer & Asas MS Word
25 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT- Asas Perkasasan Komputer & Asas MS Word telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari 2.30 petang - 3.30 petang pada 24 Januari 2021. Seorang peserta yang merupakan suri rumah telah mengikuti kursus ini kerana ingin membuat persediaan mencari pekerjaan untuk dirinya.
Peserta didedahkan dengan asas perkakasan komputer yang terkini terlebih dahulu sebagai pendedahan awal. Peserta dibimbing kegunaan dan fungsi setiap perkakasan yang diperkenalkan. Semasa Asas MS Word pula, peserta dibimbing pengetahuan asas menaip seperti fungsi Tabs dan Ribbon. Peserta dibimbing menaip surat iringan yang diambil dari sumber laman sesawang selain mempraktikkan pintasan papan kekunci dalam tugasan ini.
Pada akhir kursus ini, peserta menghasilkan surat iringan sendiri, selain mengenali asas dan fungsi penggunaan MS Word dalam aktiviti mereka sertai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: