Taklimat KDB & Advokasi: Maklumat Palsu
23 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Maklumat Palsu telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 11.00 pagi – 12.00 tengah hari pada 22 Januari 2021. Peserta yang hadir merupakan seorang suri rumah.
Pengunaan dan carian dalam talian menggunakan internet sudah sinonim dengan masyarakat tanpa mengira umur. Jadi, masyarakat harus bijak untuk menentusahkan maklumat yang diterima dalam talian kerana bukan semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan sahih. Komuniti media sosial juga harus menilai maklumat yang diperolehi mereka dengan memeriksa sumber maklumat, bahkan memahami serta menyelidik fakta bukannya berdasarkan pendapat semata-mata. Selain itu, mereka juga wajar menilai setiap maklumat yang diterima agar peka lalu membuat pertimbangan mengenalpasti maklumat betul dan sahih.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penyampai taklimat menyarankan kepada peserta selain dari menilai maklumat yang didapati, mereka haruslah sentiasa memeriksa dengan teliti sumber yang didapati haruslah dari sumber atau pengarang yang berkelayakkan. Peserta turut dibimbing untuk mengenalpasti maklumat yang diterima merupakan liputan yang tepat selain memastikan maklumat adalah dalam tempoh masa yang sesuai dan betul mengikut perkembangan dan masa terkini Ketika maklumat dikeluarkan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: