Taklimat KDB & Advokasi: Pengantunan Dalam Talian (Cyber grooming)
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Taklimat KDB & Advokasi: Pengantunan Dalam Talian (Cyber grooming) telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 3.30 petang sehingga 4.30 petang pada 23 November 2021. Seramai 3 orang peserta telah hadir terdiri daripada pelajar sekolah.
Peserta dibimbing untuk mengenal pasti tindakan dalam talian yang boleh menyebabkan mereka terjebak dengan Pengantunan Dalam Talian. Mereka digalakkan untuk mengamalkan kawalan kendiri ketika mengunakan media sosial yang sedia ada supaya tidak menarik perhatian pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatkan terhadap mereka melalui taktik menjalin perhubungan emosi untuk menjerat mereka. Peserta turut dibimbing tindakan yang perlu diambil jika menghadapi pemangsa Cyber grooming seperti jangan memendam perasaan tetapi melaporkan serta memberitahu pihak yang sepatutnya.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penyampai taklimat menekankan agar peserta kursus yang merupakan pelajar sekolah supaya tidak mudah terjebak dengan tipu helah dan pujuk rayu pemangsa Cyber grooming. Peserta digalakkan untuk berani bersuara jika berhadapan dengan situasi ini agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak baik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: