Kelas ICT – Asas PowerPoint (Resume)
23 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT - Asas PowerPoint telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 10.00 pagi -11.00 pagi pada 22 Februari 2022. Seorang peserta yang merupakan suri rumah telah mengikuti kursus ini kerana ingin mencari kerja sekaligus membuat belajar resume sendiri.
Kelas ICT-Asas PowerPoint bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menghasilan slaid perbentangan menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta turut diperkenalkan serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group dalam Microsoft PowerPoint. Fokus pada kursus ini adalah untuk membimbing peserta menghasilkan resume menggunakan PowerPoint untuk memberikan kelainan dalam menghasilkan resume sekaligus memahiri kegunaan lain PowerPoint selain membuat perbentangan sahaja.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh menguasai dan belajar penggunaan asas Microsoft PowerPoint dalam menghasilkan resume untuk mencari kerja yang baru
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: