Kelas ICT – Asas Menaip menggunakan typingclub.com
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT- Asas Menaip menggunakan typingclub.com telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang pada 22 Januari 2021. Seramai 3 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelajar sekolah.
Kelas ICT- Asas menaip menggunakan typingclub.com merupakan modul latihan asas menaip dengan cara yang mudah dan interaktif melalui laman sesawang. Peserta turut memahami cara menaip dengan lebih tepat dan mudah dengan mempraktikan kedudukan jari yang betul pada papan kekunci. Selain itu peserta boleh melawati laman sesawang tersebut di rumah jika ingin melakukan latihan kendiri. Peserta turut menyelesaikan modul latihan dalam bentuk permainan yang menarik dan interaktif.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh mengenali kedudukan jari yang betul semasa menaip dengan berkesan tanpa perlu melihat ke arah papan kekunci apabila menaip sesuatu dokumen atau menaip menu carian melalui modul latihan yang terdapat pada laman sesawang ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: