Design Banting Bisnes Anda dengan CANVA
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniCanva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk Creative Design secara virtual dan atas talian. Pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dan mudah dibuat secara dalam talian dan antaranya adalah kad ucapan, poster, brosur, infografik dan lain-lain lagi.
Canva boleh diakses dengan mudah melalui web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Sejarah Canva bermula dari tahun 2012, 1hb Januari. Canva dihasilkan oleh Melanie Perkins yang juga telah mewujudkan Fusion Books, penerbit buku ternama di Australia.
Orientasi bunting adalah secara menegak. Selain digantung, juga boleh dipasang menggunakan stand. Biasanya mempunyai ukuran saiz yang lebih kecil dari banner dan dicetak dengan banyak untuk diletakkan di sekitar booth/gerai jualan. Kebiasaannya saiz untuk banting adalah 4 x 2 kaki, 5 x 2 kaki dan juga 6 x 2 kaki.
Dan pada kali ini PEDi PPR Bandaria Park mengajar secara live cara menggunakan aplikasi CANVA banting untuk jualan dan telah di sertai seramai 5 orang .
Boleh saksikan live di sini :
https://www.facebook.com/PIKPPRBandariaPark/videos/1078068359436067
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: