KDB Talk : Keldai Akaun
6 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniAkaun keldai / akaun tumpang ialah apabila individu membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain secara sukarela ataupun tanpa disedari untuk mendapatkan habuan mahupun dengan cara penipuan tidak sah atau menyalahi undang-undang. Keldai Akaun juga merupakan satu jenayah komersil kerana akaun bank anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa pengetahuan anda. Akaun Keldai = Sewa / Jual / Serahkan Akaun bank anda .
Kebiasaannya , Sindiket Akaun Keldai memperdaya golongan yang memerlukan pendapatan lebihan dan mempunyai tahap celik kewangan yang rendah. Antaranya , Surirumah, Pelajar , Penganggur dan juga Warga emas.
Antara tips untuk menggelakkan menjadi keldai akaun adalah :
- Jangan terima tawaran kerja yang menjanjikan pendapatan segera yang lumayan
- Jangan kongsi maklumat perbankan anda
- Jangan bantu orang lain membuat penerimaan atau pemindahan wang dari akaun bank anda
- Laporkan kepada pihak Bank sekiranya kad ATM anda hilang atau ada penyalahgunaan akaun bank anda.
Video penuh di link : https://www.facebook.com/PIKPPRBandariaPark/videos/507974007397098
Dalam masa yang sama , di perkenalkan juga Youtube Channel PEDi Studios untuk tontonan anda semua.
https://www.youtube.com/channel/UCzv4xWCUQtN_uDoInNz3fcg
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: