KDB Talk : Bahana Buli Siber
21 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPerbuatan buli siber ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi manggunakan teknologi seperti teks, chatting, emel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet.
Kesan buli siber kepada mangsa dapat dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan mental. Antara kesannya termasuklah depresi, kemurungan, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya jika tidak dibendung akan mengakibatkan bunuh diri. Kesan fizikal kepada mangsa termasuklah masalah gastrousus seperti sakit perut, muntah dan ulser perut; gangguan pada pola makan dan tidur. Hal ini menyebabkan mangsa akan sentiasa merasa penat dan kelelahan. Antara langkah menangani buli siber adalah dengan berkongsi masalah kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa, berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemuihan kepada mangsa dan mangsa tidak digalakan untuk bertidak balas secara langsung dengan pembuli kerana dikhuatiri pembuli akan bertindak lebih agresif. Harus diingat bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
SUMBER : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/04/23/buli-siber/
Untuk Video, sila ke link :
https://www.facebook.com/PIKPPRBandariaPark/videos/5434445919904604
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: