It’s ICT Day : Syoknya Canva
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniCanva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk Creative Design secara virtual dan atas talian. Pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dan mudah dibuat secara dalam talian dan antaranya adalah kad ucapan, poster, brosur, infografik dan lain-lain lagi.
Canva boleh diakses dengan mudah melalui web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Sejarah Canva bermula dari tahun 2012, 1hb Januari. Canva dihasilkan oleh Melanie Perkins yang juga telah mewujudkan Fusion Books, penerbit buku ternama di Australia.
Pada tahun pertamanya, Canva melonjak dengan menghasilkan sejumlah 750.000 pengguna. Pada tahun 2017, Canva telah mencapai fasa di mana perusahaan tersebut mendapat keuntungan yang sangat memberangsangkan dan amat positif. Sekarang Canva mempunyai 10 juta pengguna dengan skop capaian sehingga 169 negara.
Dan pada kali ini PEDi PPR Bandaria Park mengajar secara live cara menggunakan aplikasi CANVA untuk membuat buku menu dan seramai 6 orang yang telah menyertai class canva secara online pada kali ini.
Boleh saksikan live di sini :
https://www.facebook.com/PIKPPRBandariaPark/videos/1014221249306110
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: