Kursus : Taklimat KDB & Advokasi (Buli Siber)
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2022 seramai tujuh orang peserta telah mengikuti taklimat KDB & advokasi yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park. Taklimat ini telah dihadiri oleh golongan wanita komuniti PPR Bandaria Park di mana mereka telah didedahkan kepada informasi tentang buli siber.
Buli siber telah menjadi sebuah kebiasan di mana ia telah menjadi norma kehidupan masyarakat kita. Dengan adanya taklimat ini, ia akan memberi pendedahan kepada mereka untuk lebih berhati-hati ketika berada di alam maya.
Buli siber dapat memberikan kesan negatif kepada mangsanya seperti rasa rendah diri, tekanan perasaan, hilang keyakinan diri, dan perubahan dalam personaliti.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: