Taklimat KDB & Advokasi : ‘Oversharing’
13 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12.08.2022 pihak PEDi PPR Bandaria Park telah menyampaikan taklimat berkenaaan ‘Oversharing’ di laman Facebook PEDi PPR Bandaria Park. Aktiviti ini dihadiri oleh peserta live Facebook PEDi PPR Bandaria Park, mereka telah didedahkan kepada beberapa input tentang pentingnya kesedaran berkenaan bahaya jika terlebih berkongsi maklumat di media sosial.
Antara fokus taklimat ini ialah pentingnya keseimbangan diantara privasi dan tabiat suka berkongsi. Taklimat ini turut membimbing para peserta untuk lebih memahami kesan negatif ‘oversharing’. Selain itu, peserta siaran lansung turut didedahkan bahawa ‘oversharing’ boleh ditangani dengan kawalan kendiri yang betul semasa menggunakan media sosial. Taklimat ini juga bertujuan membimbing para peserta cara atau langkah mengekang maklumat peribadi tersebar ke pihak lain dengan mengatur ketetapan privasi pada aplikasi media sosial mereka.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: