Taklimat KDB & Advokasi (Buli Siber)
18 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2022 seramai tiga orang peserta telah mengikuti taklimat KDB & advokasi yang telah diadakan di PEDi PPR Bandaria Park. Taklimat ini telah dihadiri oleh golongan pelajar sekolah rendah di PPR Bandaria Park, di mana mereka telah didedahkan tentang kesan buli siber.
Buli siber merupakan satu tindakan menggunakan teknologi semakin berleluasa di media sosial tanpa ada kawalan sehingga memudaratkan. Remaja yang tergolong di kalangan pelajar semakin bebas menggunakan alam siber tanpa mengetahui bahaya yang akan mendatang apabila penggunaan tidak mempunyai hadnya.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan kesan buruk buli siber kepada mangsa terutamanya terhadap emosi mangsa. Peserta dibimbing mengenai cara-cara untuk menggunakan alam siber dengan baik agar tidak membahayakan masyarakat. Penceramah turut menekankan agar segera memberitahu pihak bertanggungjawab sekiranya mereka telah menjadi mangsa buli siber. Ini termasuklah pihak ibu bapa dan pihak berkuasa.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: