Kelas Asas Manik bersama Miss Lina
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniProduk-produk kraftangan tradisional Sarawak merupakan antara penyumbang pendapatan terbesar dalam industri kraf negara. Lebih daripada itu, industri kraf di negeri ini menyemarakkan lagi sektor pelancongan dalam negara.
Di wilayah utara Sarawak yang meliputi Bahagian Miri, Limbang dan Daerah Lawas, pembangunan dan aktiviti kraftangan tradisional tidak kurang rancaknya. Ketiga-tiga daerah ini terkenal dengan hasil kraftangan daripada masyarakat Orang Ulu yang terdiri daripada etnik Kenyah, Kayan, Lun Bawang dan sebagainya. Produk-produk kraftangan tradisional dihasilkan daripada sumber hutan, tanah serta bahan besi dan logam
Kita sedia maklum bahawa bidang kemahiran dapat membantu untuk menjana pendapatan yang tinggi di mana individu dapat memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos yang rendah berbanding dengan perniagaan lain
Kursus Asas manik bersama Miss Lina telah berlangsung pada 18 Jun 2022 dengan di hadiri seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah.
Antara hasil aksesori daripada manik yang telah di pelajari oleh peserta adalah :
1. Anting-anting Manik
2. Gelang Manik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: