Taklimat KDB & Advokasi: Buli Siber
15 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Buli Siber telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari 11.00 pagi - 12.00 tengah hari pada 15 Mei 2022. Seramai 3 orang pelajar sekolah menengah telah mengikuti kursus ini.
Buli siber merupakan masalah sering didengar kini kerana penggunaan media sosial yang sudah menjadi sebahagian kehidupan semua. Kegiatan seperti mengancam, memalukan, dan menakutkan individu lain dalam talian seperti mesej teks, laman web sosial dan sebagainya boleh menyumbang kepada buli siber. Kesan negatif seperti kemurungan dan berasa malu merupakan kesan yang dialami oleh mangsa buli. Jadi, sokongan dan perhatian haruslah diberikan kepada mangsa buli siber.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penyampai taklimat membimbing para peserta supaya tidak terjebak atau menjadi mangsa buli siber. Peserta dibimbing supaya mengambil langkah yang sepatutnya jika menghadapi permasalahan ini seperti mengadu serta melaporkan kepada pihak yang betul seperti Pusat Bantuan Cyber999 atau Talian Kasih 15999. Peserta turut disarankan agar jangan berdiam diri tetapi berani tampil untuk mengekang kegiatan pembuli siber
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: