Kelas ICT – MS Word (Surat Rasmi)
15 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT - Asas MS Word telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 10.00 pagi - 11.00 pagi pada 14 Mei 2022. Seramai 3 orang peserta pelajar sekolah menengah telah menghadiri kursus ini.
Kelas ICT - Asas Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip. Peserta turut diperkenalkan fungsi Tabs dan Ribbon dalam MS Word bagi memahaminya ketika proses menaip dokumen. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas menaip dan menarik minat pelajar sekolah supaya mahir menggunakan komputer disamping mengenali asas perkakas komputer semasa. Peserta dibimbing menghasilkan surat rasmi menggunakan MS Word menggunakan format surat rasmi dan jenis font yang bersesuaian.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh menghasilkan surat rasmi sendiri khususnya surat tidak hadir sekolah dan surat bertukar persatuan kokurikulum, selain memahami penggunaan format menaip yang betul semasa mengikuti kursus ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: