Kelas ICT – MS Word
12 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT - Asas MS Word telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 3.00 ptg - 4.00 ptg pada 11 Julai 2022. Seramai 2 orang peserta pelajar sekolah menengah telah menghadiri kursus ini
Kelas ICT - Asas Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip. Peserta turut diperkenalkan fungsi Tabs dan Ribbon dalam MS Word bagi memahaminya ketika proses menaip dokumen. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas menaip dan menarik minat pelajar sekolah supaya mahir menggunakan komputer disamping mengenali asas perkakas komputer semasa. Peserta dibimbing dan berbincang dengan penyampai taklimat format penyediaan dokumen rasmi menggunakan MS Word khususnya format penyediaan penulisan kerja kursus tingkatan 5 mereka.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh mengenalpasti format penyediaan dokumen rasmi yang sesuai dan baik, selain memahami penggunaan format menaip yang betul semasa mengikuti kursus ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: