Taklimat KDB & Advokasi: e-Waste
12 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: e-Waste telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam4.00 petang sehingga 5.00 petang pada 11 Julai 2021. Peserta yang hadir merupakan terdiri daripada 2 orang pelajar sekolah menengah.
Mobile e-Waste memberi pendedahan kepada peserta cara yang betul untuk menguruskan sisa buangan elektronik terutamanya telefon bimbit supaya tidak mendatangkan keburukkan jika dibuang seperti sisa buangan biasa. Selain itu, terdapat juga e-Waste lain yang boleh dilupuskan dengan cara betul dengan menyerahkan e-Waste ke PEDi yang berdekatan dengan komuniti mereka
Penyampai taklimat menekankan keburukan jika tidak menguruskan sisa elektronik dengan cara yang betul juga pentingnya meningkatkan kesedaran pengurusan e-Waste dengan kaedah yang sesuai dan mampan. Di samping itu, turut mewar-warkan kempen pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik yang dianjurkan pihak berkuasa tempatan Bintulu pada bulan Julai supaya komuniti berpeluang melupuskan e-Waste sambil menjana pendapatan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: