Anak Bijak, Ibu Bapa HEBAT
24 September 2021 | Aktiviti TerkiniSeiring peredaran masa, penggunaan telefon pintar menjadi antara perkara wajib kepada semua orang. Walaupun berkaitan soal tugas di pejabat, dalam tidak sedar penggunaan telefon pintar tanpa kawalan dalam kalangan orang dewasa boleh memberi kesan besar kepada si anak. Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak Hazhari Ismail berkata, penggunaan telefon pintar tanpa had walaupun untuk menyemak e-mel atau menonton video dan melayari laman web tertentu mempunyai kebarangkalian menyumbang ke arah salah laku kanak-kanak. Menurutnya, masalah yang sering terjadi apabila ibu bapa atau penjaga kerap mengawal tempoh penggunaan telefon bimbit atau pintar anak, namun dalam tak sedar tidak mengawal penggunaan diri sendiri sehingga menyebabkan kurang waktu berinteraksi dengan mereka. Ibu bapa harus bijak menangani dan sentiasa menjadi pendengar setia untuk anak-anak supaya anak-anak ketagihan gadget .
Jom saksikan : FB Live
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: