Taklimat KDB : Buli Siber
9 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat Klik Dengan Bijak di bawah tajuk Buli Siber telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Streamyard Live. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 Pagi . Taklimat ini telah di sertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia. Melalui taklimat ini, para peserta boleh memahami apa itu buli siber . Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
Info lanjut, sila layari laman web , MyHealth
Facebook live link: LIve FB
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: