Asas Komputer dan Sistem Operasi
15 November 2021 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Komputer Dan Sistem Operasi telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 2 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Jumlah peserta yang hadir seramai 5 orang dan terdiri daripada pelajar sekolah dengan mengikut SOP yang telah di tetapkan. Selain daripada itu, semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Cyber Grooming turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang bahayanya Cyber Grooming kerana sekarang masih berlangsungnya PDPR dan telefon bimbit adalah peranti utama yang di gunakan
Kursus Asas Komputer Dan Sistem Operasi adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai komputer. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan komputer dan sistem operasi seperti mengenali bahagian komputer yang berbeza, fungsi bahagian komputer yang berbeza, cara menghidupkan komputer, mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci, fungsi kekunci di papan kekunci, cara memegang dan menggerakkan tetikus, tahu tentang windows desktop, mengenal pasti bahagian-bahagian window, cara menggunakan butang start dan menu start, cara menggunakan task bar, cara membuat folder dan subfolder, cara mematikan komputer. Pada akhir kursus ini para peserta mampu mengenali bahagian bahagian komputer dan boleh mengenali sistem operasi komputer secara asas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: