Jom Buat Iklan Produk Anda (ICT Class : Microsoft Office PowerPoint)
9 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniJom Buat Iklan Produk Anda (ICT Class : Microsoft Office PowerPoint) telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam 30 Minit bermula dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang melalui live facebook menggunakan aplikasi Streamyard Live . Jumlah peserta yang hadir seramai 5 orang dan terdiri daripada golongan pekerja dan suri rumah .
Salah satu program ciptaan Microsoft Corporation, yang termasuk di dalam Microsoft Office. Berbeza dengan Microsoft Word dan Excel. Microsoft power point lebih ringkas dan tidak terlalu susah untuk dipelajari. Microsoft PowerPoint merupakan aplikasi yang sangat penting serta kerap diguna pakai untuk melakukan pembentangan , Ianya selalunya digunakan oleh mahasiswa mahupun perusahaan. Dengan program ini juga , pengguna dapat mengaplikasi tulisan, gambar hingga video dengan menggunakan Microsoft PowerPoint .
Melalui Kursus Asas Microsoft Power Point para Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Power Point seperti berikut; cara mencipta pembentangan baru, cara membuat gambar dengan pelbagai reka letak, cara menyunting gambar, cara menggunakan templat reka bentuk untuk slaid, cara memasukan gambar dan clip art ke dalam slaid, cara memasukkan jadual dalam slaid, cara menggunakan animasi, cara menyimpan pembentangan, dan cara memulakan persembahan slaid. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft power point secara asas untuk membuat Slide pembentangan.
Link Facebook Live :
https://www.facebook.com/PIKPPRBandariaPark/videos/341764257172185
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: