Taklimat KDB & Advokasi: Panggilan Palsu
25 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Panggilan Palsu telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 04.00 petang – 05.00 petang. Jumlah peserta yang hadir adalah seorang yang merupakan seorang pekerja. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk mengenalpasti panggilan palsu dan mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.
Panggilan Palsu ialah perbuatan yang memalsukan nombor telefon dengan menyamar sebagai pihak bank atau polis bagi menipu orang ramai. Perbuatan ini adalah salah di sisi undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.
Sepanjang aktiviti ini, peserta dibimbing mengenai cara-cara untuk menangani masalah ini agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Penceramah juga menekankan keburukan melakukan panggilan palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: