Kursus Asas Komputer dan Sistem Operasi & Kelas ICT – Microsoft Word
25 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ICT – Microsoft Word & Kursus Asas Komputer dan Sistem Operasi telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, bermula dari jam 10.00 pagi – 11.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir ialah seorang peserta yang sudah bekerja.
Pada mulanya, beliau dibimbing melalui Kursus Asas Komputer dan Sistem Operasi supaya lebih mengenali perkakasan komputer dan memahami fungsi asas setiap perkakasan itu.
Manakala Kursus ICT-Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip menggunakan Microsoft Word. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar dalam mengenali dan mengendalikan asas menaip serta menggunakan pintasan papan kekunci serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh menguasai penggunaan asas Microsoft Word dalam pekerjaan hariannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: