ICT Class
30 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniKursus ICT berkenaan Microsoft Office (Words) telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 1 jam bermula dari jam 2.30 petang – 3.30 petang. Jumlah peserta yang hadir ialah 2 orang masing-masing terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 dan pelajar institusi pengajian awam tempatan.
Kursus Microsoft Office (Words) adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai menaip menggunakan Microsoft Words. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan asas menaip serta mengenali pintasan papan kekunci serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group.
Pada akhir kursus ini para peserta boleh mengenali Microsoft Office (Words) dan menggunakannya untuk menyiapkan tugasan sekolah mahupun penulisan ilmiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: