Taklimat KDB & Advokasi : Terlebih Kongsi Maklumat atau ‘Oversharing’
30 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Terlebih Kongsi Maklumat atau ‘Oversharing’ telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 3.30 petang sehingga jam 4.30 petang. Jumlah peserta yang hadir adalah 2 orang masing-masing adalah pelajar sekolah menengah dan pelajar institusi pengajian tinggi awam tempatan.
Terlebih Kongsi Maklumat atau ‘Oversharing’ berkongsi maklumat peribadi ataupun kendiri secara berlebihan kepada orang ramai di rangkaian media sosial. Umumnya pada masa sekarang capaian internet adalah perkara lazim dalam kalangan masyarakat tidak kira peringkat umur. Akses kepada internet juga semakin mudah di seluruh dunia kerana masing-masing mampu untuk memiliki gadjet elektronik khususnya telefon bimbit sebagai contoh paling sesuai. Maka timbullah masalah berkongsi maklumat secara berlebihan apabila tiada kawalan kendiri yang sepatutnya sehingga orang ramai boleh mengetahui di mana individu tersebut berada apabila diwar-warkan kepada media sosial sehingga mendorong kepada unsur-unsur jenayah kepada individu yang tidak bertanggungjawab atau berniat jahat kepada individu yang terlebih berkongsi maklumat itu.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan kebaikan dan keburukan Terlebih Kongsi Maklumat atau ‘Oversharing’. Peserta dibimbing mengenai langkah-langkah untuk menangani masalah ini agar diri mereka tidak berkongsi maklumat secara berlebihan sehingga mudaratkan diri sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: