Kelas ICT – Asas Menaip menggunakan typingclub.com
24 November 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ICT- Asas Menaip menggunakan typingclub.com telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang pada 23 November 2021. Seramai 7 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Kelas ICT- Asas menaip menggunakan typingclub.com merupakan modul latihan asas menaip dengan cara yang mudah dan interaktif melalui laman sesawang. Peserta turut memahami cara menaip dengan lebih tepat dan mudah dengan mempraktikan kedudukan jari yang betul pada papan kekunci. Selain itu peserta boleh melawati laman sesawang tersebut di rumah jika ingin melakukan latihan kendiri. Peserta turut menyelesaikan modul latihan dalam bentuk permainan yang menarik.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh mengenali kedudukan jari yang betul semasa menaip dengan berkesan tanpa perlu melihat ke arah papan kekunci apabila menaip sesuatu dokumen atau menaip menu carian melalui modul latihan yang terdapat pada laman sesawang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: