[PKP Talk] : Juh Belajar Bahasa Sarawak : Melanau
18 Jun 2021 | Aktiviti Terkini[PKP Talk] : Juh Belajar Bahasa SARAWAK merupakan satu aktiviti utama Pusat Internet Komuniti PPR Bandaria Park . Tujuan utama aktiviti ini di lakukan adalah untuk memperkenalkan budaya dan suku kaum yang terdapat di Sarawak, sekaligus mempelajari dialek suku kaum di Sarawak.
Pada episode pertama ini, kami bawakan kepada anda slot Suku Kaum melanau. Untuk pengetahuan semua, kaum melanau di Sarawak terdiri kepada 9 iaitu Melanau Matu Daro, Melanau Mukah, Melanau Balingian, Melanau Oya , Melanau Dalat, Melanau Igan, Melanau Rajang, Melanau Bintulu dan Melanau Miri.
Sembang santai ini merupakan anjuran PIK PPR Bandaria Park . Pada sesi kali ini, kami bawakan kepada anda 3 daripada 9 dialek suku kaum melanau bersama jemputan khas iaitu staff dari PIK Daro, Puan Nuramira Seliman dan PIK Kg Semop Puan Siti Hamizah
Video boleh di lihat di Facebook Page : https://www.facebook.com/PIKPPRBandariaPark/videos/196569342352072/.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: