Taklimat KDB & Advokasi: Mobile e-Waste
26 April 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Mobile e-Waste telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 12.00 tengah hari – 1.00 petang. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada seorang suri rumah.
Mobile e-Waste memberi pendedahan kepada peserta cara yang betul untuk menguruskan sisa buangan elektronik terutamanya telefon bimbit supaya tidak mendatangkan keburukkan jika dibuang seperti biasa. Selain itu, terdapat juga e-Waste lain juga yang turut boleh dilupuskan dengan cara betul seperti menyerahkannya ke Pusat Internet Komuniti yang berdekatan dengan mereka.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan keburukan jika tidak menguruskan sisa elektronik dengan cara yang betul. Peserta dibimbing mengenai langkah-langkah untuk menangani masalah ini agar diri mereka mampu menyumbang kepada kebaikkan kepada alam sekitar dan komuniti sekitarnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: