Kursus Asas Komputer dan Sistem Operasi & Kelas ICT – Microsoft Word
26 April 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ICT – Microsoft Word & Kursus Asas Komputer dan Sistem Operasi telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi – 12.00 tengah hari. Jumlah peserta yang hadir ialah seorang peserta merupakan suri rumah.
Beliau dibimbing melalui Kursus Asas Komputer dan Sistem Operasi pada mulanya supaya lebih mengenali perkakas komputer sekaligus memahami asas fungsinya.
Manakala Kursus ICT-Microsoft Word adalah bertujuan untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan asas menaip menggunakan Microsoft Word. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar dalam mengenali dan mengendalikan asas menaip serta menggunakan pintasan papan kekunci serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh menggunakan Microsoft Word membuat resumenya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: