Taklimat KDB & Advokasi: Buli Siber
25 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Buli Siber telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 pagi pada 24 Oktober 2021. Seramai 2 orang peserta telah hadir terdiri daripada pelajar tahun 6 dan tahun 5.
Buli siber merupakan salah satu dari permasalahan yang sering dihadapi pada masa kini lebih-lebih lagi dengan penggunaan teknologi yang pelbagai malah akses kepada setiap perkara juga menjadi semakin mudah dan senang kepada sesiapa sahaja oleh pengguna media sosial. Kegiatan seperti mengancam, memalukan, dan menakutkan individu lain menggunakan medium elektronik seperti mesej teks, laman web sosial dan sebagainya boleh menyumbang kepada buli siber. Kesan negatif seperti kemurungan dan berasa malu merupakan kesan yang dialami oleh mangsa buli. Jadi, sokongan dan perhatian haruslah diberikan kepada mangsa buli siber. Manakala pembuli siber perlulah dilapor kepada pihak yang sepatutnya.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penyampai taklimat menekankan kepada para peserta supaya tidak terjebak atau menjadi mangsa buli siber. Peserta dibimbing supaya berhati-hati ketika berkongsi tentang diri mereka dalam media sosial agar tidak menjadi mangsa buli siber. Peserta turut disarankan agar bertanggunjawab dengan setiap perkongsian dalam talian supaya tidak menjadi mangsa buli siber mahupun pembuli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: